
Membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu kemahiran menulis. Terdapat empat kemahiran asas bahasa yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak iaitu kemahiran pertama ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebelum melangkah ke peringkat membaca, kanak-kanak perlu kuasai dahulu kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar yang dimaksudkan disini ialah kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Manakala kemahiran bertutur pula kanak-kanak dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. Oleh itu, dalam kemahiran membaca, perkara yang perlu kanak-kanak pelajari dan perolehi ialah kanak-kanak boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak serta memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kesemua kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan.
Oleh itu, mari kita fikirkan, kenapa masalah membaca masih terdapat dalam kalangan sesetengah kanak-kanak. Adakah disebabkan oleh diri kanak-kanak itu sendiri atau guru prasekolah atau faktor lain?
heeee...besh2..guwd content...
ReplyDelete