CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
AHLI KUMPULAN :

NORSHASHINA MOHD SOKRI
NOR ALMURNI ISMAIL
SITI FATIMAH AB RASHID
YU AZURA MOHAMAD


RANCANGAN PENGAJARAN

Bilangan pelajar:
20 orang
Masa: 30 minit
Tema
: Pasaraya
Komponen :
a) Bahasa
b) Kognitif
c) Kreativiti dan estetika
d) Sosioemosi

Kandungan :
3.3 Mengenal huruf konsonan
2.4 Melakonkan watak-watak mengikut situasi
2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf

Hasil pembelajaran :
3.3.2Mengecam dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S,T)
2.4.1 Melakonkan watak-watak yang sesuai mengikut situasi
pasaraya.
2.1.3 Melukis dan mewarna dalam ruang tertentu.

Objektif :
1. Kanak-kanak dapat mengenal dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S,T)
2. Kanak-kanak dapat melakonkan watak dengan betul
3. Kanak-kanak dapat melukis dengan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan:
Gambar sayur-sayuran(cili, kobis, sawi,tomato), huruf konsonan(C, K, S, T), perkataan (cili, kobis, sawi, tomato), video(pasaraya) dan slideshow(gambar sudut-sudut di pasaraya)

Pengetahuan sedia ada pelajar:
1.Kanak-kanak sudah mengenali sayur-sayuran seperti cili, kobis, sawi dan tomato.
2. Kanak-kanak sudah pernah pergi ke pasaraya.

Set induksi (3 minit)
1.Guru menunjukkan video(pasaraya) pada kanak-kanak.
2.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai.
a) Apakah tempat ini?
b) Pernahkah kamu pergi ke tempat ini?
c) Apakah yang adik-adik dapat lihat di pasaraya?
3.Guru menunjukkan powerpoint gambar sudut-sudut pasaraya kepada kanak-kanak.
4. Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan bermain dengan suasana di pasaraya.

Aktiviti 1(7 minit)
1.Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran(cili, kobis, sawi dan tomato) kepada kanak-kanak melalui gambar yang terpapar dalam blog.
2.Guru menunjukkan perkataan sayur-sayuran(cili, kobis, sawi dan tomato) kepada kanak-kanak melalui perkataan yang ada pada blog.
3.Guru membunyikan huruf awal konsonan bagi setiap sayur-sayuran kepada kanak-kanak dengan klik pada huruf yang telah diperbesarkan.
4.Guru meminta kanak-kanak mengikut dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S dan T) secara individu dan secara beramai-ramai.

Aktiviti 2 (10 minit)
1.Guru menunjukkan video( situasi di pasaraya).
2.Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan.
3.Guru meminta setiap kumpulan melakonkan watak mengikut situasi:
a) Kumpulan 1 sebagai jurujual
b) Kumpulan 2 sebagai pembeli di bahagian sayur-sayuran
c) Kumpulan 3 sebagai pembeli di bahagian buah-buahan
d) Kumpulan 4 sebagai pembeli di bahagian-bahagian lain di pasaraya
yang ditunjukkan dalam video selama 7 minit.

Aktiviti 3 (7 minit)
1.Guru menunjukkan cara melukis dan mewarna (cili, kobis,sawi dan tomato) dalam blog.
2.Guru meminta kanak-kanak melukis dan mewarna dengan memilih salah satu daripada gambar (cili, kobis, sawi dan tomato) berikut mengikut giliran dan mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup (3 minit)
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang dipelajari hari ini.
a) Apakah yang kamu lakukan tadi?
b) Apakah huruf konsonan yang kita pelajari tadi?
c) Apakah perasaan adik-adik semasa melakonkan aktiviti lakonan tadi?
2.Guru memainkan muzik tanpa lirik lagu.
3.Guru menyanyikan lagu dengan iringan muzik.
4.Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu bersama-sama.

Sunday, January 18, 2009

Video Best...


Now I Know My ABCs from Fredrik Eriksson on Vimeo.

Tuesday, January 13, 2009




Friday, January 9, 2009

Masalah membaca kanak-kanak

Membaca???? Kenapa kanak-kanak menghadapi masalah membaca??? Apakah puncanya??? Bagaimana cara untuk kita sebagai bakal guru prasekolah untuk mencari jalan penyelesaian bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat yang unik ini??? Apakah ada cara terbaik yang kita sebagai bakal guru prasekolah untuk atasi? Marilah kita sama-sama memikirkannya....
Membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu kemahiran menulis. Terdapat empat kemahiran asas bahasa yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak iaitu kemahiran pertama ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebelum melangkah ke peringkat membaca, kanak-kanak perlu kuasai dahulu kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar yang dimaksudkan disini ialah kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Manakala kemahiran bertutur pula kanak-kanak dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. Oleh itu, dalam kemahiran membaca, perkara yang perlu kanak-kanak pelajari dan perolehi ialah kanak-kanak boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak serta memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kesemua kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan.
Oleh itu, mari kita fikirkan, kenapa masalah membaca masih terdapat dalam kalangan sesetengah kanak-kanak. Adakah disebabkan oleh diri kanak-kanak itu sendiri atau guru prasekolah atau faktor lain?


Thursday, January 8, 2009

Child CorNer... WelCome to My Blog....


wahhhh....bestnyer jadi kanak-kanak kan... kanak-kanak memang unik... kalau kita tengok telatah mereka mesti terasa terhibur... walaupun kadang-kadang telatah mereka membuatkan kita berasa letih. Jadi mari semua kawan-kawan kita bersama-sama meneroka dunia kanak-kanak yang unik ini.....

Lagu Pasaraya