CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
AHLI KUMPULAN :

NORSHASHINA MOHD SOKRI
NOR ALMURNI ISMAIL
SITI FATIMAH AB RASHID
YU AZURA MOHAMAD


RANCANGAN PENGAJARAN

Bilangan pelajar:
20 orang
Masa: 30 minit
Tema
: Pasaraya
Komponen :
a) Bahasa
b) Kognitif
c) Kreativiti dan estetika
d) Sosioemosi

Kandungan :
3.3 Mengenal huruf konsonan
2.4 Melakonkan watak-watak mengikut situasi
2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf

Hasil pembelajaran :
3.3.2Mengecam dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S,T)
2.4.1 Melakonkan watak-watak yang sesuai mengikut situasi
pasaraya.
2.1.3 Melukis dan mewarna dalam ruang tertentu.

Objektif :
1. Kanak-kanak dapat mengenal dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S,T)
2. Kanak-kanak dapat melakonkan watak dengan betul
3. Kanak-kanak dapat melukis dengan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan:
Gambar sayur-sayuran(cili, kobis, sawi,tomato), huruf konsonan(C, K, S, T), perkataan (cili, kobis, sawi, tomato), video(pasaraya) dan slideshow(gambar sudut-sudut di pasaraya)

Pengetahuan sedia ada pelajar:
1.Kanak-kanak sudah mengenali sayur-sayuran seperti cili, kobis, sawi dan tomato.
2. Kanak-kanak sudah pernah pergi ke pasaraya.

Set induksi (3 minit)
1.Guru menunjukkan video(pasaraya) pada kanak-kanak.
2.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai.
a) Apakah tempat ini?
b) Pernahkah kamu pergi ke tempat ini?
c) Apakah yang adik-adik dapat lihat di pasaraya?
3.Guru menunjukkan powerpoint gambar sudut-sudut pasaraya kepada kanak-kanak.
4. Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan bermain dengan suasana di pasaraya.

Aktiviti 1(7 minit)
1.Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran(cili, kobis, sawi dan tomato) kepada kanak-kanak melalui gambar yang terpapar dalam blog.
2.Guru menunjukkan perkataan sayur-sayuran(cili, kobis, sawi dan tomato) kepada kanak-kanak melalui perkataan yang ada pada blog.
3.Guru membunyikan huruf awal konsonan bagi setiap sayur-sayuran kepada kanak-kanak dengan klik pada huruf yang telah diperbesarkan.
4.Guru meminta kanak-kanak mengikut dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S dan T) secara individu dan secara beramai-ramai.

Aktiviti 2 (10 minit)
1.Guru menunjukkan video( situasi di pasaraya).
2.Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan.
3.Guru meminta setiap kumpulan melakonkan watak mengikut situasi:
a) Kumpulan 1 sebagai jurujual
b) Kumpulan 2 sebagai pembeli di bahagian sayur-sayuran
c) Kumpulan 3 sebagai pembeli di bahagian buah-buahan
d) Kumpulan 4 sebagai pembeli di bahagian-bahagian lain di pasaraya
yang ditunjukkan dalam video selama 7 minit.

Aktiviti 3 (7 minit)
1.Guru menunjukkan cara melukis dan mewarna (cili, kobis,sawi dan tomato) dalam blog.
2.Guru meminta kanak-kanak melukis dan mewarna dengan memilih salah satu daripada gambar (cili, kobis, sawi dan tomato) berikut mengikut giliran dan mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup (3 minit)
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang dipelajari hari ini.
a) Apakah yang kamu lakukan tadi?
b) Apakah huruf konsonan yang kita pelajari tadi?
c) Apakah perasaan adik-adik semasa melakonkan aktiviti lakonan tadi?
2.Guru memainkan muzik tanpa lirik lagu.
3.Guru menyanyikan lagu dengan iringan muzik.
4.Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu bersama-sama.

Friday, February 27, 2009





Adik-adik, mari kita lihat video di bawah ini sama-sama....

langkah 1

Photobucket


langkah 2

Photobucket


langkah 3

Photobucket


langkah 4

Photobucket


langkah 5

Photobucket


langkah 6

Photobucket


Selepas melihat semua video di atas, guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk melakonkan watak mengikut situasi di pasaraya seperti yang ditunjukkan dalam video di atas mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.





MARI MELUKIS ADIK-ADIK.....


Photobucketklik disini




Guru mainkan muzik tanpa lirik lagu dengan klik butang main dibawah.

Marilah ke pasaraya,
Marilah kita pergi beramai-ramai,
Minta mak duit sedikit,
Saya ingin beli barang di pasaraya.
Marilah ke pasaraya,
Marilah kita pergi beramai-ramai,
Ajak mak, ayah dan adik,Jangan lupa bawa atuk nenek sekali




MARI BERMAIN ADIK-ADIK..... Animated Pictures Myspace Comments

Photobucketklik disini


53 comments:

shashina said...

salam..kawan-kawan minta maaf semua sebab lambat...silalah komen semoga komen anda semua dapat membantu menjadikan blog kami lebih baik.

MEERA said...

aktiviti yg menyeronokkan sbb guru dedahkn knk2 kpd dunia sebenar spt ke pasaraya. namun, aspek keselamatan harus dititikberatkan.klo bleh libatkn ibu bapa, so dlm mse yg sama diorang bleh kawal ank2 diorang..pastu tuk gambar, klo bleh cari gambar yg animasi..lebih menarik minat knk2

Anonymous said...

hai sha dan kawan- kawan. bagus RP ni. kanak- kanak dapat melihat keadaan sebenar di pasar raya.tapi, mungkin semasa aktiviti lakonan, guru hanya boleh memilih mana- mana satu video sahaja untuk kanak- kanak lakonkan.selain itu, dari segi tulisan, mungkin boleh dibesarkan sedikit dan guna size yang besar. contohnya pada bahagian lagu, gunakan tulisan yang lebih besar dan warna yang lebih menarik supaya kanak- kanak boleh lihat dengan jelas. tq- well done dan syabas.

Anonymous said...

hai sha dan kawan- kawan. bagus RP ni. kanak- kanak dapat melihat keadaan sebenar di pasar raya.untuk aktiviti lakonan, mungkin boleh pilih satu dari mana2 video sahaja. selain itu, untuk lirik lagu, boleh gunakan tulisan yang lebih besar dan berwarna supaya kanak- kanak boleh lihat dengan jelas.sekian.well done dan syabas.

Anonymous said...

salam...yana rasa RP ni menarik sebab memberikan pengalaman kepada kanak-kanak tentang beli belah di pasaraya..tapi kan, bahan media yang digunakan kurang..just ada video dan kad gambar..korang boleh letak game beli belah di pasaraya..pastu game pengelasan sayuran or game ape2la yang berkaiatan..pastu,boleh perkenalkan sayur-sayur tu secara gunakan laman web..mungkin lebih menarik..contohnya kan try tgk kat web ni..http://pbskids.org/arthur/games/supermarket/supermarket.html

Anonymous said...

salam,hai....erm rp ok,best lain dari yang lain sbb sblum xda lg org ngajar sal pasaraya. knk2 bleh tau sudut2 yg ada dlm psraya. knk2 bleh bt perkaitan apa yg cikgu ajar dgn khdpn seharian dia. tapi nana rasa cikgu kena fokuskan perkara yang hendak diajar. Tengok ada 3HP, bnyk sangat knk2 tak dpt nak capai dlm masa sehari, 30 minit xckup untuk ajar sume benda..

Nurul Syuhada' Binti Mohd Saad said...

salam....blog anda semua menarik..hal ini kerana video yang ditunjukkan jelas....namun begitu...pada aktiviti main peranan...tidak salah rasanya sekiranya memfokuskan kepada sudut sayur-sayuran sahaja...keran itu adalah tema anda...but..good job...aktiviti menarik dan akan bertambah menarik sekiranya gamabran video dilakukan di pasar yang khusus pada penjualan sayur-sayuran...thnks..tahniah n selamat maju jaya.

my blog said...

salam...hai....aktiviti yang dirancang sangat menarik terutamanya aktiviti lakonan seperti di pasaraya kerana ia akan memberikan satu pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak di dalam aktiviti jual beli.apa-apa pun tahniah kepada kump ini dan teruskan usaha anda.

Anonymous said...

salam..berdasarkan objektif yang u all nyatakan, saya rasa agak banyak. Dan kemungkinan ada objektif yang tidak tercapai adalah sgt besar.
cadangan saya, untuk melukis dan mewarna, guru boleh lakukan pada sesi pengajran yg lain. hal ini kerana, untuk kanak-kanak mengecam dan membunyikan huruf konsonan yang dipilh agak sukar. tidak semua kanak-kanak boleh mengikut dengan capat. sekiranya, guru m'fokuskan kepada suasana, aktvt lakonan adalah sangat sesuai.. oleh itu, dalam satu sesei pengajarn, objektif yang ingin dinyatakan perlulah berturutan dan bersesuaian..xperlu byk2 pun xper..
anyway..keep up the good work!!!

yinwey_lim said...

hi,
kumpulan anda pandai menggunakan blog kerana telah memasukkan video, slide show dan lagu dengan baik..tetapi kalau boleh, video tak perlu begitu banyak, mungkin guru boleh memendekkan video supaya kanak-kanak tak jadi boring...terima kasih...

mahfuzah said...

salam..first of all, sy nk ucapkan tahniah kpd kump ini kerana telah berjaya menyediakan 1 lesson plan yg agak menarik. Wlaupun kump ini sggup ambil risiko yg tinggi dgn merakamkan video yg sbnr di TESCO, namun mereka telah b'jaya melakukannya dgn baik skali. KK akn dpt merasai situasi sbnr ketika berada dlm sebuah pasaraya:)Namun, sy mempunyai sedikit cdangan yg mgkin kita dpt kongsikan b'sama2. Pd pndpt sy, guru boleh memasukkan link yg dpt menyebut sukukata bagi setiap sayur-sayuran yg terdpt di pasaraya. Selain itu, utk warna font pula, kump ini mgkin boleh menukarkannya kpd warna yg tidak terlalu terang dn garang. Apa pun, tahniah sekali lg saya ucapkan kpd kump ini! :)

Denise said...

RP yang menarik cuma saya rasakan boleh tak fokus kepada 2 huruf konsonan macam huruf C dan S sahaja.. Sertakan buah atau sayur yang lain juga start konsonan C dan S. so that kanak-kanak lebih faham..Sekian

ice said...

Hello..RP yang seronok dan menarik perhatian kanak-kanak. Kumpulanini telah mengunakan video untuk menunjukkan situasi sebenar. BEST! maka, guru pandai dan bijak mempergunakan blog ini dengan baik. tambahan lagi, gamabr yang ditunjjukan juga jelas dan menarik.
tetapi, saya tak suka latar belakang blog ini. template blog kurang sesuai kerana warna terlalu gelap tidak dapat memupuk minat atau menarik perhatian kanak-kanak.
ok, sekian sahaja..thanks:)

shim said...

Salam..RP yang menarik kerana kanak-kanak berpeluang melihat sendiri suasana di pasar raya.Aktiviti yang disediakan juga menarik tetapi saya cadangkan diadakan aktiviti suai padan dan permainan on line untuk memberi kefahaman dan keseronokkan kepada kanak-kanak.Apa-apapun tahniah kerana berjaya menghasilkan RP yang cukup menarik.

I'me said...

salam...rp yg menarik tp bg pendpt sy ia jd lebih menarik sekiranya gambar animasi dimasukkan skali..misalnya skiranya ada, masukkan skali gambar animasi sayur yg bergerak2 supaya knk2 tidak mrasa bosan sekiranya ia melihat gambar yg tidak bergerak...mingkin gambar animasi sayur yg bergerak2 dpt meningkatkan minat knk2 tuk mkn sayur...salam..

nurul said...

congratulation 4 this group..
ermm rncgn pengajaran yg menarik..
dedahkan kanak-kanak kepada situasi yg sebenar..
aktiviti yang dijalankan juga bersesuaian..
pandangan dari saya mungkin guru boleh pelbagaikan
lagi video untuk kanak-kanak lakonkan di aktiviti 2 seperti..
bkn sahaja di pasraya..
mugkin juga di pasar,
kedai runcit, dan lain-lain..
sekian terima kasih

angsana said...

RP yang bagus kerana rakaman video yang real..kalo blh, video krgkn ckit takut knk2 bosan plak coz banyak video yg kena tgk..saya rs aktiviti 2 tue kn kalo blh bia kump knk2 yg 1st tue lakonkan dulu kmdian bia knk2 lain teka apa yg rkn mereka lakonkan..keseluruhannya bagus coz kump ni ada inisiatif mereka melakonkan sendiri rakaman di Tesco..thniah!

ღerYmaღ said...

salam.. RP yang menarik kerana video nya mendedahkan kanak-kanak dengan situasi sebenar di sebuah pasaraya. cuma di sini anda meletakkan video agak banyak juga.. nanti kanak-kanak cepat bosan lalu tumpuan mereka akan beralih arah memandangkan kanak-kanak yang amat cenderung pada animasi bergerak-gerak seperti kartun.. tapi usaha anda merakan video di pasaraya memang bagus... satu usaha yang bagus.. tahniah..

NaNa Nyomey said...

hai shashina dan geng2..usaha yang sangat bagus sebab semua bekerjasana untuk membuat rakaman di pasar raya Tesco..erm tema yang sangat best kerana kanak-kanak pun mesti selalu pergi ke pasar raya bersama keluarga mereka. semuanya best...keep a good job..bubye, sayonara.

aidayusniza said...

salam...
tahniah kepad ahli kumpulan ini kerana telah mereka satu rancangan pengajaran yang baik untuk kanak - kanak...
cadangan saya cuma kalau boleh cikgu bawa sekali bahan maujud ke dalam kelas. walaupun pengajaran dan pembelajaran berasakan komputer, tetapi bahan maujud juga boleh digunakan...terima kasih

Anonymous said...

salam..satu usaha yg bagus kerana ada usaha untuk marakamkan video sendiri. Tahniah saya ucapkan.Aktiviti yang disediakan bagus cuma warna yang digunakan dalam blog terlalu garang.Tukarkan pada warna yang lebih menarik dan tidak terlalu garang.chaiyok!!

azirah azizul said...

salam...sy rasa RP ini bagus untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak tentang suasana di pasaraya...semasa guru memperkenalkan benda yang ada di pasaraya seperti cili, kobis dan sebagainya, apa kata guru membawa sekali bahan-bahan tersebut supaya kanak-kanak boleh memengang bahan tersebut....Guru juga perlu menyelitkan unsur-unsur keselamatan seperti jangan pergi ke pasaraya seorang diri, semasa di pasaraya, jangan merayau-rayau dan sebagainya...

azirah azizul said...

RP ni bagus.....sbb ia memberi pengenalan dan pengalaman kepada kanak-kanak tentang suasana di pasaraya...,
tetapi...apa kata anda membawa bahan-bahan seperti cili, kobis dan sebagainya ke kelas....ia akan membuatkan kanak-kanak melihat objek sebenar yang berada di pasaraya....dan guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur keselamatan semasa sesi P&P seperti semasa di pasaraya, jangan merayau-rayau...jgn pergi pasaraya tanpa ibubapa dan sebagainya...

sizukacute sizukacute said...

syazwani raseli

slm..terlebih dahulu tahniah diucapkan kerana berjaya merancang rp yg menarik ini. tahniah di atas usaha kump anda untuk merakamkan video atau bahan yg akan digunakan dlm rp dengan usaha setiap ahli kump anda sendiri. ia adalah satu bentuk krativiti dan kelainan bagi kump anda. Tahniah.. untuk perkongsian ilmu pula,sy rs akt y dirancg juga menarik kerana kump anda hanya fokus kpd tema sayur-sayuran sahaja walaupun anda menunjukkan pelbagai video dan sudut2 di pasar raya. Lakonan guru semasa berada di pasar raya dapat memberi pendedahan kepada knk2 tetang pengalaman sebenar berada di pasar raya dan ia juga dapat memberi pendedahan kepada knk2 tentang cara2 membeli yg betul..erm..cadangan sy, apa kata dlm video anda tu anda libatkan knk2 secara live. pinjam la ank2 atau adik jiran2 ke..heheh..nti bile menonoton video tu knk2 akan lebih berminat krn mereka akan fikir seperti mereka sendiri berada di pasar raya tersebut..heheh...itu hanya cadangan..apa2 hal pun semua akt dah ok dan menarik..gud2!!

dunia Kirana said...

Salam...
nice blog..tahniah yea!!
saya nk tmbh sikit kat blog ni utk penambahbaikan... blog ni terlalu banyak video. mgkin blh dikurangkan dengan mengantikan aktiviti lain seperti memadankan konsonan dengan gambar sayur. aktivit lakonan mmg menarik. ini dpt menggalakkan kanak-kanak merasa situasi seperti di dlm video

Anonymous said...

salam...
nice blog n RP..
cuba kurangkan video utk tontonan kanak-kanak. banyakan aktiviti melibatkan kanak-kanak.seperti memadankan konsonan dengan sayur.
aktiviti lakonan amat menarik kerana kanak-kanak dapat merasa dunia sebenar di dalam video mereka lihat.thanks..

missgee said...

salam...
first skali tahniah sebab berjaya membuka minda kanak2...
sy cuma nk bg cdgn..ms bt aktiviti 1, guru boleh menunjukkan sayur2an sbnr krn mdh didapati dan kanak2 akan lebih cpt fhm bile diorg dapat tgk, sentuh dan rasa objek sebenar..time kasih!!

Anonymous said...

Aktiviti yang menarik tapi banyak sangat HP. Saya rasa bagi RP ini, HP yang ketiga tidak diperlukan, boleh dimasukkan kedalam RP yang lain.
Selain itu, saya rasa aktiviti 2 lebih baik jika dibahagikan kepada dua kumpulan dan barulah dalam setiap kumpulan diberi peranan-peranan yang dinyatakan. Jadi bila kumpulan A berlakon, kumpulan B boleh tengok dan sebaliknya. That's all =)

norazilah ramly said...

salam Nor & the gang..congratulations!! coz RP yg menarik & exciting..ia dpt memberi pengalaman, peneguhan kpd knk2 ttg suasana di pasaraya & scr x lgsung dpt mencungkil bakat kreativiti knk2 dlm xtvt kumpln especially tuk lakonan. overall, mmg best tgk video yg dirakam..nmpk ada kesungguhan & kerjasama dlm kalangan ahli kumpulan anda.

fie said...

RP yg bgs sbb menggunakan tema yg dekat dengan KK..jd KK dh ada penglaman dgn situasi sbnr di psr raya tu..
tp utk gmbr setiap sayur tu kalo bleh jarakkn skit sbb nnt KK keliru yg mn satu konsonan utk sayur tersebut..

ok..ni je komen fi..sm2 kita majukn RP kita yer..
~fie..sH.NorAfiza~

noratikah said...

salam..tahniah nor n kengkawan..rp n aktiviti anda menarik sgt..tp sy cume rase wrna tulisan anda ngn wrna oren kt template tu agk mengganggu tumpuan sb wrna oren same..mgkin tulisan leh tukar wrne lain..tp pe pun bgus..gud luck

fatimah sumairi said...

salam..penggunaan video untuk memperkenalkan pasar raya menarik cuma saya rasa lebih menarik jika video tersebut mempunyai suara ceria untuk memperkenalkan pasar raya...ini lebih menimbulkan minat kanak-kanak menonton video tersebut.Malah video untuk cara-cara membeli di pasr raya jika ada suara yang menerangkannya lebih menarik diikuti..video tersebut..

Haslinda bt Othman said...

salam..aktiviti anda menarik kerana dapat membawa kanak-kanak seolah-olah ke pasaraya. Cuma pada pendapat saya mungkin anda boleh menyediakan gambar-gambar yang menarik perhatian kanak-kanak. Selain itu, anda ingin mengenal dan membunyikan huruf konsonan. Oleh itu, mungkin anda boleh membuat perbezaan warna antara huruf konsonan dan huruf vokal ketika menulis perkataan-perkataan yang ingin ditunjukkan kepada kanak-kanak.

Ati said...

Salam..tahniah diucapkan kpd sha n rakan2..RP yg menarik n menyeronokkan kanak2..sy rasa HP anda terlalu byk.cadangan sy,anda blh fokus pada satu HP shj,spt lakonan dll..mmg bagus anda menggunakan video utk menunjukkan suasana pasar raya kpd kanak2.besar kemunginan terdapat jg kanak2 yg xpnah ke pasar raya,spt kanak2 yg tinggal di kwsn pedalaman.justeru,kanak2 mdpt pngethuan baru drp tontonan video tsbt..sbg cadangan akt,guru jg blh membuat lawatan ke pasar raya spy kanak2 dpt merasai sndr pengalaman membeli-belah di pasar raya.dlm hal ini,guru memerlukan khidmat org dewasa yg lain utk mengawasi setiap kanak2 agar keselamatan mrk terjamin..overall,akt yg dirancang menyeronokkan kanak2..well done n congratulations!!

mc' tiey said...

salam..RP lain dari yg lain..bgs & tahniah kepada semua ahli kumpulan..aktiviti sgt menyeronokkan kanak-kanak..kanak-kanak akan dapat pengalaman yang bermakna apabila guru dedahkan mereka dengan situasi sebenar seperti ke pasaraya. ia jarang dilakukan guru tapi ia sedkit mencabar kepada guru untuk memastikan ia berjalan dengan lancar..1 lagi kalo ahli kumpulan boleh gunakan gambar2 yg bergerak, lagi bgs asenya..tulisan pn, kalo lagi besar lagi bertambah2 baik..ape2pn thniah kepada ahli kumpulan nie sebab RP yg unik dan boleh dikogsi bersama untuk dipraktikkan di prasekolah nanti.time kacih..

iezan said...

salam...rp menarik just ada beberapa cadangan yang nak dikongsi bersama...first, pasal layout,mcm gelap sangatla...klu tukar wane yang cerah sikit mesti wane tulisan pun nampak jelas sket kan?secondly, pasal activiti,klu boleh banyakkan sikit aktiviti aplikasi ICT macam online aktiviti coz tu la tujuan utama kita hasilkan P&P melalui blog..thirdly,klu boleh tulisan bagi setiap aktiviti tu di perbesarkan lagi...supaya kanak-kanak tak keliru n jelas dengan arahan bagi setiap akt....wateverpun..syabas..

sue said...

salam..buat semua ahli kump nie..tahniah sbb dh hasilkn RP yg menrik..set induksi yg menrik,kank2 akn lebih teruja untuk tahu pengajarn setrsnya..tp klu bleh video rakaman 2 hny fokuskn pada bhgian sayuran sbb guru pun nk ngajar tentng sayuran saja..so xpyh nk peningkan kank2 tntg topik yg xde kaitan dengan RP..
(SITI SURIATI)

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

natasha hidayah said...

salam....blog ini menarik. kk didedahkan dngn dunia sbnr mengenai pasaraya. aktiviti lakonan jg menarik, cuma rasanya cukuplah kalo 1 video shj untuk kk lakonkan. kalo bnyk video mngkin x sempat kerana ms pngjrn hny 30 mnt shj. tp apapun blog ini bgus dan menarik....

eyma deen said...

salam...tahniah kpd semua ahli kumpulan...idea yang bagus sebab dapat mendekatkan kanak2 dengan pengalaman sebenar...cuma kalau boleh gunakan layout yang lebih menarik...dan gunakan gambar yang animasi...tentu kanak2 lebih suka...lagi satu kalau boleh masukkan games dengan menggunakan link...

Chenta Mizza said...

SALAM.HEHEH..CONGRATZ SEBAB BUAT RP YG BEGITU MENARIK DAN VIDEO YG DILAKONKAN GURU MMMG AKAN MEMNYEBABKAN KANAK-KANAK SEMAKIN TERUJA UNTUK BELAJAR.NAMUN ADALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA GURU MEMFOKUSKAN KEPADA SATU HP SAHAJA.KERANA SAYA TAKUT, HP YG BYK TIDAK AKAN TERCAPAI KERANA.DENGAN MENGGUNAKAN BLOG,KANAK-KANAK MUNGKIN LEBIH BERMINAT UTK BERMAIN GAME..

zareen said...

salam semua..satu langkah yg bijak untuk mengajar kk berinteraksi dgn persekitaran, sesuatu yg baru sbb kk ni klau jln dgn parents, tentu x bleh bebas, jd bl dah ajar mcm ni kk akan tahu prosedur utk 'shopping'...huruf & gambar yg besar amat sesuai utk kk..aha, satu lg, layout tu kurang menarik le..sori ya..TQ

zareen said...

salam semua...huruf & gambar besar..cantik,ajar kk cara shopping yg betul & kenal brg2..bagus, satu pndkatan yg baik tp layout tak berapa menarik la...TQ

anis ayuni mohmad said...

salam..nice blog..tp background hitam kurang sesuai untuk kanak-kanak. saya rasa kumpulan ini boleh tukar layout yang lebih cerah dan colourful..aktiviti yang dirancang adalah menarik dan menggembirakan..rp ini boleh diperbaiki dengan menggunakan gambar2 yang berbentuk animasi yang secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka dalam jangka masa yang lama.tahniah!!

Nadim said...

best RP ini sebab banyak video.jadi kanak-kanak dapat melihat situasi sebenar di pasarraya.namun, saya berpendapat kurang kesinambungan antara aktiviti mengecam bunyi sebutan awal sayur-sayuran dengan aktiviti melakonkan situasi.saya mencadangkan agar anda memilih salah satu aktiviti tersebut dan memberi penekanan yang lebih terhadapnya.

faizah@ayu said...

salam..pada pandangan saya, guru perlu menyediakan bahan konkrit seperti cli, kobis dan sebagainya semasa melakonkan watak jual beli itu...bahan permainan pun boleh digunakan sebagai pengganti bahan konkrit..sekian

:: pda :: said...

salam sha dan kawan2..
rp yang menarik dan mnyeronokkan. pergi ke pasaraya merupakan aktiviti yang sangat dekat dengan kanak-kanak. video yang ditunjukkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak mengenai situasi di pasaraya. komen saya adalah, jarak antara gambar dengan gambar yang lain kalau boleh dijarakkan sedikit dan jangan terlalu rapat. tulisan dan gambar yang dibuat memang sangat jelas dan bagus untuk kanak-kanak. selain itu, semasa pengajaran ini juga guru boleh menerapkan aspek keselamatan kepada kanak-kanak. aktiviti main peranan iaitu sebagai penjual,pembeli dan sebagainya memang menarik untuk kanak-kanak. mungkin juga aktiviti permainan game yang berkaitan pasaraya boleh dimasukkan. sekian..

nuranis said...

tahniah.. satu aktiviti yang menarik...dapat mendedahkan kanak-kanak kepada dunia sebenar..menarik perhatian kanak-kanak.... ape kate fokuskan pada sudut sayur-sayuran saja..untuk memfokuskan pd tema... selamat maju jaya :>

nuranis said...

salam.. tahniah kpd group ni...rancangan pengajaran yang baik dan bagus... melibatkan pengalaman sebenar...dapat menarik perhatian kanak-kanak... untuk penambahbaikan..ape kate fokuskan kepada tema sayur-sayuran..kalu blh tambah gambar animasi untuk menarik lagi perhatian kanak-kanak ... ape2 tahniah.. all the best :>

syangelina said...

u all punya usaha memang sangat banyak, pergi rakam aktiviti membeli belah di tesco..tahniah...

tapi kalau video tu melibatkan beberapa orang kanak-kanak yang pergi shoping, lagi menarik rasanya..

video yang agak lame dan banyak ni rasanya dikhuatiri membosankan kanak-kanak..
masukkan games pun ok, baru kanak-kanak berasa cergas

adila zubaidah said...

Salam.aktiviti menarik tp saya rasa kalau pelbagaikan multimedia lagi menarik seperti game sayur-sayuran sebab kanak-kanak suka permainan. Hasil pembelajaran :
3.3.2Mengecam dan membunyikan huruf konsonan(C,K,S,T)
2.4.1 Melakonkan watak-watak yang sesuai mengikut situasi
pasaraya.
2.1.3 Melukis dan mewarna dalam ruang tertentu.
saya rasa kalau hp Melakonkan watak-watak yang sesuai mengikut situasi pasaraya adalah terlalu umum, kalau boleh guru perlu fokuskan apakah situasi yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak..selamat mencuba.

adila zubaidah said...

salam.Usaha yang bagus.Aktiviti yang dicadangkan adalah menarik tp pelbagaikan lagi penggunaan multimedia seperti game sayur-sayuran kerana akan lebih menarik minat kanak-kanak.selamat mencuba!

zuenomey said...

salam...erm blog yang menarik...siap rakam vedeo lg kan...erm tp cuma nak share ckit...pasal huruf tu untuk perkataan tu...macam pecah kan..pas tu nampak terlalu sarat..erm boleh kecikan ckit kot untuk bia just nice je huruf tu tak merge..nyway gud job...gud luck 4 final...

Lagu Pasaraya